Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki warganegara Malaysia dilaporkan telah dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
Leong Kum Chuan, 29, yang merupakan seorang ahli farmasi ditemui dengan kesan beberapa tikaman di unit kediamannya di blok pangsapuri Bellfield berhampiran Ivanhoe.
Hasil siasatan mendapati, mangsa telah dibunuh oleh seorang gelandangan menerusi pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Suspek, Simon Hunter, 54 didakwa menghidap skizofrenia. Beliau telah didakwa atas tuduhan membunuh oleh Mahkamah Majistret Melbourne, sehari selepas insiden berkenaan.
Semasa prosiding berlangsung, Hunter dikatakan tidak memakai baju dan kelihatan gelisah serta menjerit seperti hilang kawalan.
Majistret Tara Hartnett kemudiannya memutuskan perbicaraan seterusnya adalah pada 14 Januari depan.
Pemergian Kum chuan ditangisi oleh rakan-rakannya dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang baik hati dan bijak.
Sumber: Sinar Harian, 9News Melbourne








