'Agak mustahil keropok beracun diikat tinggi & ketat mampu dicapai kanak-kanak kecil' - Abang Pekebun | The Reporter

‘Agak mustahil keropok beracun diikat tinggi & ketat mampu dicapai kanak-kanak kecil’ – Abang Pekebun

Foto kecil: Abang Pekebun | Sumber: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki mendakwa keropok yang dicampur racun telah digantung pada ketinggian 1.2 meter dan diikat dengan ketat menggunakan tali tangsi.

Katanya juga, kedudukan dan ikatan itu memungkinkan kanak-kanak kecil mampu mencapai keropok berkenaan.

“Bagi saya, sama ada ia diambil orang yang lebih besar atau dijatuhkan oleh kera liar sebelum diambil dua kanak-kanak itu dan makan,” katanya.

Lelaki berkenaan merupakan abang kepada pekebun yang menggantung keropok mengandungi racun tikus itu bagi menghalau kera liar.

Diletakkan di laluan kera

Lelaki turut mendakwa, dia dimaklumkan oleh adik lelakinya yang berusia 34 tahun itu bahawa keropok itu tidak digantung pada pagar berdekatan jalan, sebaliknya diletakkan di kawasan laluan kera berdekatan hutan.

Dakwanya, tidak mungkin dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun itu dapat mengambil makanan ringan itu dengan mudah walaupun diikat pada pagar kebun.

“Hanya terdapat dua kemungkinan iaitu sama ada orang dewasa mengambilnya atau kera ambil dan terjatuh di mana-mana.

“Adik juga beritahu dia meletakkan kira-kira lima bungkusan makanan ringan dicampur racun tikus pada pagar kebun dan tiga bungkusan dipercayai sudah diambil kera liar, manakala satu hilang dan satu lagi masih berada di situ,” katanya.

Sementara itu, katanya, adik lelakinya yang juga seorang pekebun dan membela lembu itu ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Kulim, semalam untuk siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian

Related Posts