Adik kepada Zayn Rayyan kini dalam jagaan JKM Selangor - The Reporter

Adik kepada Zayn Rayyan kini dalam jagaan JKM Selangor

Sumber Gambar: Berita Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Adik kepada kanak-kanak autisme yang terbunuh, Zayn Rayyan Abdul Matin dilaporkan kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Menerusi satu laporan, JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn dan membawa kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Menurut JKM Selangor, Azmir Kassim terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit.

“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” katanya.

Terdahulu ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka, Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!