'Ada Nasi Lemak, Twin Tower, KL Tower, TRX & Siti Nurhaliza' - Banyak klu dah diberi, Tiktoker Taxpayer masih tak dapat teka Malaysia - The Reporter

‘Ada Nasi Lemak, Twin Tower, KL Tower, TRX & Siti Nurhaliza’ – Banyak klu dah diberi, Tiktoker Taxpayer masih tak dapat teka Malaysia

Pelbagai konten dibuat bagi menarik perhatian ramai. Pempengaruh banyak menggunakan isu trending di media sosial seperti membuat teka-teki, menyanyi, lakonan dan sebagainya.

Satu konten yang dimuat naik oleh pempengaruh TaxPayer dikecam ramai. Menerusi konten tersebut, seorang wanita yang merupakan rakyat Malaysia diminta untuk memberikan pembayang tanpa menjelaskan dengan lebih tepat dia berasal dari negara mana.

Pelbagai pembayang yang diberikan oleh wanita ini seperti bangunan berkembar Petronas, TRX, dan Menara Kuala Lumpur. Selain itu dia juga menyatakan Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya serta menu terkenal nasi lemak.

Bagaimanapun pempengaruh berkenaan masih tidak mengetahui secara jelas wanita ini berasal dari negara mana dan dia mula bertanyakan individu yang terkenal di negara wanita itu. Namun, jawapan yang diberikan merujuk kepada penyanyi Siti Nurhaliza masih tidak mampu diteka pempengaruh berkenaan.

Apabila wanita itu mula menyebut bangunan tinggi di Malaysia, pempengaruh berkenaan meneka negara seperti Dubai,Thailand, Taiwan, Vietnam dan Singapura. Namun, nama Malaysia juga tidak dapat diteka sehinggalah wanita berkenaan akhirnya menyebut nama Malaysia.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyalahkan pempengaruh berkenaan yang seolah tidak mengetahui isu semasa di dunia. Dalam pada itu juga, ada juga yang menyatakan sepatutnya wanita berkenaan menyebut nama-nama yang sudah gah di peringkat antarabangsa seperti Michele Yeoh, Jimmy Choo dan Henry Golding.

Sumber: Taxpayer

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!