Acara lelongan barangan Rozita Che Wan bernilai lebih RM900K ditunda - The Reporter

Acara lelongan barangan Rozita Che Wan bernilai lebih RM900K ditunda

Lelongan barangan Rozita Che Wan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Wakil peguam Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan acara lelongan barangan milik pelakon sensasi Rozita Che Wan yang dijadualkan berlangsung Selasa telah ditunda ke satu tarikh baharu.

Penangguhan ini dibuat selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita untuk menangguhkan proses tersebut.

“Mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada Selasa. Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya.

Lelongan itu pada asalnya melibatkan 34 barangan milik Rozita, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, dengan nilai keseluruhan RM902,012.46.

Barangan tersebut termasuk sebuah kereta SUV jenama Haval, peralatan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum, televisyen, serta perabot dan peralatan lain.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta telah diserbu oleh pegawai MARA, peguam, dan wakil mahkamah berikutan kegagalannya melunaskan pinjaman hampir RM1 juta. Rozita, 51, dilaporkan tidak pernah membuat bayaran selepas menerima pinjaman bernilai RM960,000 daripada MARA pada tahun 2017.

Pinjaman itu dibuat melalui syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, bertindak sebagai penjamin. Akibat kegagalan membayar, MARA kini sedang dalam proses memfailkan kebankrapan terhadap kedua-duanya.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!