Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq, tampil memberikan reaksi susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar RM2.5 juta kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerana didapati bersalah dalam kes fitnah berkait program vaksinasi Covid-19.
Dalam satu hantaran di Facebook, Abu Syafiq menulis secara sinis dan berseloroh: “Alhamdulillah untuk diri sendiri. Nak kena cari RM2.5 juta pulak, korek tabung vaksin la jawabnya. Ok nanti saya cari ye. Bersyukur dengan ujian.”
Kenyataan tersebut pantas menarik perhatian netizen, yang mengkritik pendekatannya yang dilihat tidak serius dalam menghadapi keputusan mahkamah.
- Zahirah MacWilson mohon maaf, akui kesilapan sentuh isu agama
- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD
- Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis
- ‘Usaha jatuhkan pemerintah yang adil adalah perbuatan Khawarij’ – Syeikh Wazir
Hantaran itu dibuat tidak lama selepas media melaporkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat yang menyebelahi Khairy sebagai plaintif dalam saman yang difailkan pada Januari 2022 lalu.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada peguam Abu Syafiq berhubung sama ada beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut atau mematuhi perintah bayaran yang ditetapkan mahkamah.
Sebelum ini, Abu Syafiq turut menyatakan kesediaan untuk memadam semua kandungan media sosial berkaitan Khairy, namun tindakan itu tidak menghalang prosiding undang-undang daripada diteruskan.








