Abang Blazer Merah mengaku bersalah, didenda RM2,000 kerana cederakan penghantar barang - The Reporter

Abang Blazer Merah mengaku bersalah, didenda RM2,000 kerana cederakan penghantar barang

Muhammad Nazrul Hairie Harmi, 28, yang dikenali sebagai ‘Abang Blazer Merah’ di media sosial, telah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan seorang penghantar barang pada November 2023.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman tersebut selepas Muhammad Nazrul mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama empat bulan. Dan dia memilih untuk membayar denda tersebut.

Muhammad Nazrul didakwa menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Samier Ibruhem, 24, di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange pada 2 November tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. Tetapi peguam Rhastdan Abdul Wahab memohon denda minimum kerana Muhammad Nazrul tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan merupakan penanggung utama keluarga.

Sebelum ini, ‘abang blazer merah’ telah memuat naik gambar laporan polis dan dirinya bersama penghantar barang dalam video tular di aplikasi X, dan memaklumkan bahawa isu dan salah faham telah diselesaikan.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!