Ramai ada KFC kegemaran masing-masing. Ada yang kata ayam di cawangan tertentu lebih rangup, lebih besar atau lebih sedap. Jadi kami tertanya-tanya jugak, betul ke setiap restoran KFC boleh kekalkan standard yang sama?
Untuk uji sendiri Jaminan Menjilat Jari dari KFC, team kami ke tiga cawangan KFC berbeza dan memesan menu yang sama.Â
Objektifnya mudah, adakah pengalaman yang diterima benar-benar konsisten dari satu restoran ke restoran yang lain?
Korang pernah tak ada kawan yang sanggup drive jauh-jauh semata-mata nak beli di restoran KFC favourite mereka. Alasannya? Ayam lebih rangup, lebih panas dan lebih sedap.
Tapi betul ke kualiti KFC berbeza mengikut cawangan?
Sebab nak test semua jaminan ni, kami pergi order menu yang sama di tiga restoran KFC berbeza. Barulah boleh tengok dari segi rasa, konsistensi dan servis, semua sama-sama padu atau ada yang tidak ikut piawaian?
3 KFC berbeza untuk uji
Jadi, team kami ke 3 KFC iaitu KFC Petronas TTDI, KFC Center Point dan KFC Atria Mall. Korang rasa ada ke yang tak capai semua jaminan? Ke semua perform?
Apabila melibatkan banyak restoran, secara umumnya mesti ada yang rasa, mesti ada yang akan tidak menepati kesemua syarat seperti dijanjikan.
Sejujurnya, kami menjangkakan akan ada sekurang-kurangnya satu cawangan yang tidak mencapai standard yang sama.
Namun selepas mencuba sendiri, apa yang paling ketara ialah tahap konsistensi yang berjaya dikekalkan.
Ayam yang dihidangkan masih panas, rangup dan juicy, manakala servis yang diterima juga memuaskan di setiap lokasi yang kami kunjungi.
Seperti dalam video, team kami sangat berpuas hati dengan ayam yang konsisten rangup dan juicy.Â
Antara perkara yang membezakan KFC adalah penggunaan ayam segar yang diproses mengikut piawaian mereka sebelum dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan.
Apa yang menjadikan ayam goreng ini kekal jadi pilihan sejak dulu hingga kini adalah cara penyediaannya yang disediakan segar setiap hari dari dapur KFC.Â
Rahsia ayam goreng KFC kekal jadi pilihan
Digabungkan dengan resipi rahsia 11 herba dan rempah serta teknik memasak menggunakan periuk tekanan tinggi, tidak hairanlah ayam goreng KFC kekal menjadi pilihan ramai sejak sekian lama.
Nak tahu apa rahsia ayam goreng KFC tetap sedap dinikmati? Menurut piawaian operasi KFC, ayam yang telah dimasak tidak akan disimpan melebihi tempoh 90 minit bagi memastikan pelanggan menikmati hidangan yang panas dan segar.
Sebagai negara majoriti Muslim, aspek halal turut dititikberatkan KFC. Lebih 300 pemeriksaan kualiti dan rekod halal yang kukuh dan disenarai putih untuk pensijilan Halal JAKIM.
Hidangan yang enak, ditambah pula dengan servis mantap, senyuman dengan setiap hidangan dari staf, makan pun confirm bertambah, sampai menjilat jari.
Nak tahu lebih lanjut tentang Jaminan Menjilat Jari KFC dan bagaimana mereka pastikan setiap hidangan memenuhi piawaian kualiti yang sama? Layari laman kempen rasmi di kfc.com.my/jaminan .
Jangan lupa ikuti KFC Malaysia di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan info terkini, promosi menarik serta pelbagai aktiviti dan kempen akan datang.








