Pengundi di Johor diseru supaya tidak berasa takut atau gentar menghadapi kehadiran Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta parti-parti lain yang bakal turun berkempen pada pilihan raya negeri akan datang.
Seruan itu disampaikan oleh bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi satu ucapan ‘Talkin Pilihan Raya’ yang ditujukan kepada anak negeri Johor.
Dalam ucapan berkenaan, beliau berkata pengundi tidak seharusnya berasa gerun terhadap mana-mana pihak kerana mereka juga merupakan makhluk Allah.
Beliau turut menyentuh mengenai pemberian bantuan atau tawaran kepada rakyat ketika musim pilihan raya, sambil menyarankan pengundi supaya meminta lebih banyak manfaat yang diperlukan.
“Apabila diberi seratus ringgit, mintalah lima ratus ringgit. Apabila diberi kopi dan teh, mintalah Milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan,” katanya.
Baca juga:
- ‘Diberi RM100, minta RM500’ – Shamsul Iskandar muat naik ‘Talkin Pilihan Raya’
- ‘PRN Johor tiada kaitan usaha bebaskan Najib’ – Tok Mat
- Anwar dakwa PH diheret ke PRN Johor, isu pembebasan Najib jadi perhatian
Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusan undi tetap menjadi hak rakyat dan menyeru penyokongnya supaya menyatakan pendirian dengan jelas apabila diminta memilih parti.
“Namun, apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang, kami tetap akan undi Harapan,” katanya.









