IShowSpeed gagal menahan sebak selepas Portugal tewas kepada Sepanyol | The Reporter

IShowSpeed gagal menahan sebak selepas Portugal tewas kepada Sepanyol

IShowSpeed menangis selepas melihat Cristiano Ronaldo meninggalkan padang selepas Portugal kalah kepada Sepanyol di Piala Dunia.
Video tular IShowSpee dilihat gagal menahan rasa kecewa selepas kekalahan Portugal.

Pempengaruh terkenal, IShowSpeed gagal menahan sebak apabila menyaksikan Cristiano Ronaldo meninggalkan padang selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia 2026 akibat kekalahan 0-1 kepada Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terbaik.

Momen menyentuh hati itu berlaku apabila wajah Ronaldo dipaparkan di skrin gergasi stadium sejurus tamat perlawanan, sebelum legenda berusia 41 tahun itu berjalan keluar sambil mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Portugal.

Speed, yang terkenal sebagai peminat tegar Ronaldo, dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyaksikan detik berkenaan dalam siaran langsungnya, malah berkali-kali meluahkan rasa kecewa apabila impian Portugal untuk mara ke suku akhir musnah.

Baca juga:

Dalam perlawanan yang berlangsung sengit, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebelum pemain gantian Sepanyol, Mikel Merino muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus membawa skuad La Roja ke suku akhir.

Kekalahan itu turut menandakan berakhirnya perjalanan Ronaldo di pentas Piala Dunia selepas beliau sebelum ini mengesahkan edisi 2026 merupakan penampilan terakhirnya dalam kejohanan berprestij tersebut.

Selepas wisel penamat ditiup, Ronaldo dilihat mengesat air mata sebelum berjalan menuju ke arah penyokong Portugal sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka sepanjang kejohanan.

Video reaksi Speed yang menangis ketika melihat Ronaldo meninggalkan padang pantas tular di media sosial, dengan ramai peminat bola sepak mengakui mereka turut tersentuh menyaksikan berakhirnya era salah seorang pemain terhebat dalam sejarah sukan itu.

Related Posts