'Dara, Amoi, Kelat dalam keadaan baik, berat badan bertambah'- MPT | The Reporter

‘Dara, Amoi, Kelat dalam keadaan baik, berat badan bertambah’- MPT

DAK di Tennoji Zoo Osaka kelihatan sihat dan aktif dalam habitat baharu.
DAK mencatatkan peningkatan dengan Kelat naik sebanyak 260 kilogram, manakala Dara meningkat 35 kilogram dan Amoi sebanyak 30 kilogram, hasil penjagaan kesihatan serta diet yang teratur.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memaklumkan bahawa tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang ditempatkan di Tennoji Zoo, Osaka, Jepun berada dalam keadaan sihat dan menunjukkan perkembangan positif berdasarkan laporan pemantauan serta penilaian veterinar terkini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Mohamed Akmal Dahalan berkata, menurut laporan daripada pihak zoo, ketiga-tiga gajah tersebut menunjukkan tahap kesihatan yang baik, aktif serta berjaya menyesuaikan diri dengan habitat baharu mereka.

“Dari segi perkembangan berat badan, kesemua gajah mencatatkan peningkatan dengan Kelat naik sebanyak 260 kilogram, manakala Dara meningkat 35 kilogram dan Amoi sebanyak 30 kilogram, hasil penjagaan kesihatan serta diet yang teratur.

Beliau turut menjelaskan bahawa diet harian gajah di zoo berkenaan disediakan secara lengkap dan seimbang mengikut keperluan nutrisi spesies, merangkumi hay, pucuk buluh, rumput segar, sayur-sayuran, pelet khas gajah, alfalfa cubes, wheat bran, lobak merah, keledek, roti, bahagian atas nanas serta buah-buahan seperti epal.

“Hay menjadi komponen utama bagi menyokong sistem pencernaan gajah, manakala epal pula diberikan dalam kuantiti terkawal sebagai sebahagian daripada diet harian dan turut digunakan dalam kuantiti yang bersesuaian sebagai ‘treat’ atau ganjaran semasa latihan penjagaan dan aktiviti pengayaan tingkah laku,” jelasnya.

Baca juga:

Dalam pada itu, beliau menegaskan MPT sentiasa mematuhi semua undang-undang, perjanjian serta garis panduan kebajikan haiwan yang ditetapkan, selain memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi tujuan semakan atau siasatan.

“MPT turut menghormati pandangan masyarakat, namun menegaskan bahawa sebarang dakwaan berkaitan kebajikan gajah perlu disokong oleh fakta dan penilaian profesional bagi mengelakkan salah faham yang boleh menjejaskan usaha konservasi serta kerjasama antarabangsa.

“MPT kekal komited untuk memastikan kebajikan tiga gajah berkenaan terus terpelihara dan akan memaklumkan perkembangan semasa dari semasa,” katanya.

Related Posts