PRN Johor: PAS sasar 11 kerusi, mahu Melayu-Islam terajui kerajaan negeri | The Reporter

PRN Johor: PAS sasar 11 kerusi, mahu Melayu-Islam terajui kerajaan negeri

Tan Sri Abdul Hadi Awang bercakap kepada media selepas kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Hadi Awang

PAS menyatakan keyakinan dan harapan agar kesemua 11 calon yang diturunkan parti itu mampu mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Namun, ujar Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, apa yang lebih utama bagi PAS ialah memastikan Kerajaan Negeri Johor selepas PRN kelak diperintah oleh pemimpin Melayu-Islam.

“Kita tak mahu Johor dikuasai oleh puak-puak liberal, bukan Islam. Biar orang Islam yang memerintah Johor, itu yang penting,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menegaskan PAS tidak akan berkempen untuk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN Johor ke-16, meskipun kedua-dua parti bertanding menggunakan logo sama iaitu Perikatan Nasional (PN).

Baca juga:

Beliau berkata, PAS dan Bersatu akan bergerak serta berkempen secara berasingan sepanjang kempen PRN tersebut.

“Bersatu mendesak nak logo PN itu juga dan kita tak pecat dia Bersatu lagi,” katanya.

Mengulas sasaran PRN Johor ke-16, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata PAS menyasarkan untuk menjadi pembangkang yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri.

“Jadi pembangkang lah…penasihat kepada kerajaan (negeri),” ujarnya.

Terdahulu, PAS mengumumkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), merangkumi Jementah, Tenang, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Seri Medan, Endau, Tiram, Pasir Raja, Kahang dan Simpang Jeram.

Related Posts