Dakwa kerja tak setaraf, lelaki terkesan ditinggalkan isteri selepas 13 tahun bersama | The Reporter

Dakwa kerja tak setaraf, lelaki terkesan ditinggalkan isteri selepas 13 tahun bersama

Lelaki pemotong rumput meluahkan rasa sedih selepas ditinggalkan isteri
Gambar: Thread mohd aizam

Seorang lelaki meluahkan rasa sebak selepas mendakwa dirinya ditinggalkan isteri yang pernah dibantunya sepanjang 13 tahun kehidupan bersama, termasuk ketika wanita itu masih bergelar pelajar hingga berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan seterusnya sarjana, sebelum kini menjadi seorang pensyarah.

Menurut luahan tersebut, sepanjang tempoh perkahwinan, dia telah berkorban sepenuhnya untuk bekas isteri dan anak-anak, termasuk berhenti kerja kilang dan melakukan kerja sebagai pemotong rumput serta pekerjaan lain demi menampung kehidupan keluarga. Dia juga mendakwa tidak pernah pulang beraya ke rumah keluarganya sendiri sepanjang tempoh itu, walaupun pada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha mahupun Ramadan.

Namun, pengorbanan itu didakwa tidak dihargai apabila perkahwinan mereka berakhir dengan alasan perbezaan status pekerjaan yang dianggap tidak setaraf.

Luahan lelaki berkenaan di Thread
Baca juga:

Lelaki itu turut mendakwa bahawa anak-anak dibawa bersama bekas isterinya selepas perpisahan berlaku, sekali gus menambahkan lagi kesedihan yang ditanggungnya. Dia menyatakan bahawa walaupun perit menerima hakikat perpisahan, dia tetap mendoakan kesejahteraan anak-anak yang telah lama dibesarkan di bawah jagaannya.

Dalam luahan yang sama, dia meluahkan rasa rindu seorang bapa terhadap anak-anak yang membesar bersamanya, serta berharap mereka berada dalam keadaan baik walaupun tidak lagi tinggal bersama.

Luahan itu turut mengundang perhatian dan simpati ramai, yang rata-ratanya memahami kesedihan seorang bapa yang berdepan perpisahan selepas sekian lama berkorban demi keluarga.

Related Posts