Satu rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial mengundang perhatian ramai selepas memaparkan tindakan seorang individu dipercayai anggota badan beruniform membuang sampah keluar dari sebuah kenderaan penguat kuasa.
Menerusi rakaman berkenaan, sebuah kenderaan yang didakwa milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilihat sedang bergerak di atas jalan raya sebelum seorang individu dari dalam kenderaan tersebut dipercayai membuang sampah ke luar melalui tingkap.
Video itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan berkenaan, lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan individu yang dilihat memakai uniform serta menggunakan kenderaan rasmi agensi berkenaan.
Baca juga:
- Video tular dakwa anggota beruniform buang sampah dari kenderaan PBT
- SPRM panggil empat agensi siasat pemindahan tiga gajah ke Jepun
- Bapa ditahan disyaki terlibat kes jenayah seksual terhadap anak kandung

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat tindakan tersebut tidak wajar dilakukan kerana penjawat awam dan anggota penguat kuasa seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat dalam menjaga kebersihan serta mematuhi peraturan.
Susulan penularan video itu, ramai netizen mula menandakan atau ‘tag’ akaun rasmi PBT bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan. Selain PBT berkenaan, beberapa pengguna turut memetik nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh serta agensi-agensi kerajaan lain supaya perkara tersebut diberi perhatian.
Sumber: Thread tyr.v___









