Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan serta nasihat konstruktif berhubung hala tuju pembangunan ibu negara, Kuala Lumpur, dengan menekankan kepentingan tadbir urus yang berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap serta usaha berterusan meningkatkan taraf hidup warga kota.
Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Baginda turut menekankan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan perlu memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat, selain mengutamakan aspek kebajikan serta pembangunan yang seimbang.
“Sultan Ibrahim sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap perancangan dan pelaksanaan dasar memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat,” menurut hantaran itu.
Baca juga:
- Isu pelekat logo halal pada meja makan: MBPP ambil tindakan, beri amaran
- Agong zahir pandangan, nasihat hala tuju pembangunan Kuala Lumpur
- DAFC nafi dakwaan produk mengandungi ulat
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh telah menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara, di mana beliau turut mempersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur yang merangkumi aspek keselamatan dan perancangan bandar.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.









