Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perikatan Nasional (PN) merakamkan ucapan tahniah kepada C. Joseph Vijay atas kejayaan pilihan raya di negeri Tamil Nadu, India, serta pelantikannya sebagai Ketua Menteri.
Setiausaha Agung PN, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan kemenangan parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) itu sebagai bukti keyakinan rakyat terhadap agenda reformasi yang dibawa, termasuk keadilan sosial, keharmonian, pemerkasaan belia, pemodenan serta penolakan terhadap politik berunsur perpecahan dan diskriminasi.
“Kemenangan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap visinya dalam agenda reformasi, keadilan, keharmonian sosial, pemerkasaan belia, pemodenan serta penolakan terhadap politik yang memecahbelahkan dan bersifat diskriminasi,” katanya.
Baca juga:
- Ucapan anak Allahyarham Dr Aiman sentuh hati ramai
- PN ucap tahniah kepada Vijay, puji kemenangan TVK di Tamil Nadu
- ‘Type M, C dan I bukan lagi gurauan, tapi kemarahan tersirat’ – Zahid Hamidi
Beliau turut menyatakan bahawa C. Joseph Vijay atau lebih dikenali sebagai Thalapathy Vijay, mempunyai pengaruh besar di Malaysia, khususnya dalam kalangan belia India yang mengagumi beliau sebagai pelakon, figura kemanusiaan dan pemimpin awam.
“Sebagai bekas pelakon yang lebih dikenali sebagai Thalapathy Vijay, C. Joseph Vijay turut dihormati di Malaysia, khususnya dalam kalangan belia India, atas pencapaian seni, imej kemanusiaan dan kepimpinan awam beliau,” jelasnya.
Kenyataan itu menambah bahawa perkembangan politik beliau turut mendapat perhatian di Malaysia susulan hubungan sejarah, budaya dan bahasa yang lama terjalin antara Tamil Nadu dan masyarakat India di negara ini.
“PN turut mendoakan kejayaan beliau dalam menerajui Tamil Nadu ke arah kemajuan, kestabilan dan kemakmuran yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya.









