Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat terhadap sebuah kenderaan di kaunter bayaran Tol Kajang-LEKAS.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Bin Abdul Yusof, kejadian tersebut tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat yang dipercayai berlaku pada 26 April 2026 kira-kira jam 4.00 petang.
Dalam kejadian itu, seorang pemandu e-hailing warga tempatan berusia 65 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan menjadi mangsa. Akibat insiden berkenaan, kenderaan tersebut mengalami kerosakan pada bahagian hadapan sebelah kiri.
Baca juga:
- ‘Aminuddin terus kekal sebagai MB Negeri Sembilan’ – Perdana Menteri
- Kesesakan Solat Jumaat punca lelaki cetus kontroversi Surau Taman Seraya
- Lelaki ditahan lakukan perbuatan khianat di Tol Kajang LEKAS
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu Naazron menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas, dan memandu secara berhemah demi keselamatan bersama.
Bagaimanapun, satu lagi video tular dipercayai dimuat naik oleh penunggang motosikal memaparkan kejadian yang didakwa berpunca apabila pemandu kenderaan berkenaan secara tiba-tiba membelok ke kiri. Penunggang motosikal kemudiannya bertindak membunyikan hon beberapa kali sebelum mengejar kereta tersebut.









