Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan | The Reporter

Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan

Sim Tze Tzin ulas krisis politik Negeri Sembilan dan kepentingan mengekalkan kerajaan perpaduan
Gambar: Facebook Sim Tze Tzin

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin menegaskan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah berasaskan keperluan untuk memastikan kestabilan politik negara.

Menurut beliau, situasi pasca PRU15 menyaksikan tiada mana-mana gabungan politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian, sekali gus mendorong kepada pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Persetujuan kerajaan perpaduan adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil sehingga tamat penggal,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menekankan kepentingan semua pihak menghormati perjanjian tersebut.

Beliau turut berharap Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dapat terus komited terhadap persefahaman yang telah dipersetujui demi menjaga kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.

Baca juga:

Dalam perkembangan sama, krisis politik di Negeri Sembilan dilihat semakin memuncak apabila seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada UMNO-BN mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun, selain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Ketua UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias sebelum ini memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat susulan isu melibatkan institusi perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.

Susulan perkembangan itu, lima Adun Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan 14 Adun BN bagi menjamin kestabilan serta kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Related Posts