Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri susulan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.
Dalam satu kenyataan media, lima ADUN PN memaklumkan mereka mengikuti rapat perkembangan krisis tersebut dan melahirkan rasa kesal apabila situasi itu terus menjejaskan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri, termasuk menyebabkan sidang Dewan Undangan Negeri ditangguhkan tanpa tarikh baharu.
“Mewakili rakyat Negeri Sembilan, kami kesal kerana krisis ini terus berlarutan dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baru.
“Krisis ini bertambah serius apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO BN Negeri Sembilan sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya.
Baca juga:
- Sim gesa BN Negeri Sembilan hormati objektif penubuhan Kerajaan Perpaduan
- PN Negeri Sembilan sedia bekerjasama dengan BN
- Pandikar Amin letak jawatan, USNO ucap ‘selamat tinggal’ kepada GRS
Sehubungan itu, PN menegaskan bahawa lima Adunnya sentiasa meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai keutamaan, dan bersedia menjalinkan kerjasama dengan 14 Adun BN bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri serta memastikan kelangsungan pentadbiran berjalan lancar.
Krisis politik itu dilihat semakin memuncak apabila 14 Adun UMNO-BN mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya. Ketua UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias sebelum ini berkata keputusan itu dibuat susulan isu melibatkan institusi perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.









