Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki mencuri perhatian warga Threads apabila berkongsi hantaran spontan yang akhirnya bertukar jadi cabaran ‘real-life’ gara-gara nama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza disebut dalam hantaran berkenaan.
Dalam hantaran asalnya, lelaki berkenaan berseloroh jika penyanyi nombor satu negara itu perasan dan membalas hantaran tersebut, dia sanggup bangun awal untuk berjoging sejauh 5 kilometer pada jam 5.30 pagi, lengkap dengan video berlatarbelakangkan lagu Kesilapanku Keegoanmu.

Tak disangka, perkara itu benar-benar terjadi.
Lebih mencuit hati, Siti sendiri tampil membalas tapi dengan ‘twist’ yang buat ramai terhibur.
“Up sikit 8km… tunjuk video okay… 5.30 pagi tau! Bukan 5.30 petang,” tulisnya.
Tersedar dengan balasan itu, lelaki berkenaan, Lutfil Hadi, mengakui dia hampir panik namun tetap berpegang pada kata-kata sendiri. Dalam nada lucu, dia berkata walaupun mungkin masuk pejabat dengan muka pucat, cabaran tetap perlu disahut.
Keesokan paginya, dia sahut cabaran itu. Walaupun mengakui tubuhnya hanya mampu bertahan sekitar 5 kilometer, dia tetap meneruskan larian sehingga mencukupi cabaran, sambil merakam video dengan lagu ‘Kesilapanku Keegoanmu’ sebagai latar.
Baca juga:
- ‘Lahir di Malaysia, tapi…’- Lelaki luah rasa kecewa fikir masa depan
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Siti Mastura gagal rayuan kes fitnah pemimpin DAP
Perkongsian video tersebut terus mendapat sokongan ramai. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Luthfil, dalam masa sama memuji semangatnya yang sanggup menunaikan cabaran.
Luthfil turut mengucapkan terima kasih kepada warga Threads dan juga Siti Nurhaliza kerana secara tidak langsung memberi ‘push’ untuk dia bersenam.
“Terima kasih sebab buat saya lari pagi ni. Ayuh kita jadi sihat sama-sama,” katanya.
Nampaknya, sekali-sekala ‘cabaran netizen’ macam ni bukan saja menghiburkan, tapi boleh jadi pencetus gaya hidup lebih sihat juga.








