Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim terhadap nasib rakyat dizahirkan apabila Baginda berkenan menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
Menurut kenyataan, sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas dalam insiden berkenaan.
Baginda turut menitahkan agar pihak yayasan berkenaan berhubung dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan dapat diagihkan secara teratur dan sampai kepada semua mangsa yang terlibat.
Baca juga:
- Pendakwah bebas direman 5 hari, disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta
- Wanita ditahan, disyaki menyamar staf HSAJB minta deposit wad
- Sultan Ibrahim kurnia sumbangan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan
Dalam titah kepada Royal Press Office hari ini, Baginda menzahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut.
“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Baginda.
Terdahulu, kebakaran besar yang berlaku pada Ahad lalu di Kampung Bahagia, Sandakan telah memusnahkan kira-kira 1,000 rumah atas air, sekali gus menyebabkan seramai 9,007 penduduk hilang tempat tinggal dalam tragedi berkenaan.









