'Tak ada sebab harga minyak dinaikkan di semenanjung' - Hadi Awang | The Reporter

‘Tak ada sebab harga minyak dinaikkan di semenanjung’ – Hadi Awang

Haji Hadi Awang bercakap mengenai kenaikan harga minyak dan isu pengurusan sumber di Malaysia.
Gambar: Facebook Abdul Hadi Awang.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tidak ada sebab untuk kenaikan harga minyak di Semenanjung Malaysia, berbanding Sabah dan Sarawak, memandangkan Malaysia tidak termasuk dalam sekatan Iran di Selat Hormuz.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak sepatutnya tidak berlaku kerana rakyat Malaysia menyokong Palestin dan Republik Islam Iran, yang menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat dan Israel. Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia memiliki telaga minyak dan gas sendiri serta pelbagai sumber lain yang boleh dimanfaatkan bersama negara-negara Islam, namun isu sebenar adalah kebocoran dan salah laku dalam pengurusan sumber.

“Pada masa yang sama, Malaysia mempunyai telaga minyak dan gas sendiri serta masih banyak sumber lain yang boleh diselesaikan bersama dalam dunia Islam, khususnya negara jiran yang banyak sumber alamnya yang dikurniakan Allah. Masalah sebenar yang berlaku banyaknya kebocoran dan salah laku dalam pengurusan,” katanya.

Janji tidak ditunai

Menurut beliau, kenyataan sebelum ini bahawa isu harga minyak boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 24 jam, kini tidak ditunaikan kerana sikap takut kerajaan yang dikaitkan dengan tekanan kuasa asing. Beliau turut mengingatkan sejarah penipuan penjajah British terhadap rakyat Melayu dan bumiputera, serta amaran Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak mudah lupa janji menurunkan harga minyak.

“Penduduk Melayu dan bumiputera pernah ditipu oleh penjajah British dahulu melalui perisytiharan darurat untuk menentang komunis dan sebagainya. Sebenarnya untuk mengekalkan penjajahan mereka dengan berbagai-bagai helah, termasuk menjadikan negara terus bergantung dengan penjajah selepas kemerdekaan dengan membodohkan rakyat dan melemahkannya.

“Tun Dr. Mahathir Mohamad, negarawan negara pernah memberikan amaran bahawa Melayu dan bumiputera jangan mudah lupa, termasuk lupa akan janji boleh menurunkan harga minyak dalam sekelip mata,” katanya.

Baca juga:
Kepentingan umat Islam bersatu

Beliau menegaskan bahawa umat Islam sepatutnya tidak ditipu berulang kali, sambil membandingkan kepimpinan negara dengan kisah Nabi Yusuf AS dan Firaun, serta mengulas keadaan politik global termasuk tindakan Donald Trump dan negara-negara kuasa besar lain. Abdul Hadi menekankan kepentingan umat Islam bersatu, menolak penipuan pemimpin, dan menegakkan prinsip Islam sebagai panduan hidup serta penentu harga diri rakyat.

“Dunia sedang menghadapi Firaun moden bernama Donald Trump, syaitan besar berwajah Dajjal (pembohong besar) yang mengugut seluruh dunia dan menyatakan bahawa negaranya paling kuat di dunia. Rakyat Amerika Syarikat sendiri sudah ramai yang sedar akan penipuannya.

“Sejarah kezaliman berlaku di beberapa buah negara di dunia yang bertopengkan undang-undang bagi mengekalkan kuasa di sebalik jenama menjaga keamanan, keselamatan, kestabilan dan sebagainya. Namun, rakyat pula yang disalahkan kerana melakukan penentangan terhadap kerajaan yang salah,” ujarnya.

Related Posts