'Larangan bergambar dengan patung, hadir majlis ada unsur mungkar' – PU Salman | The Reporter

‘Larangan bergambar dengan patung, hadir majlis ada unsur mungkar’ – PU Salman

PU Salman jelaskan hukum bergambar dengan patung dan larangan hadir majlis ada unsur kemungkaran
Gambar: Facebook PU Salman.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah bebas, PU Salman, menegaskan bahawa umat Islam dilarang bergambar dengan patung, khususnya yang mempunyai unsur pemujaan atau disembah.

Menurut beliau, walaupun kewujudan rumah ibadat bukan Islam dibenarkan dalam masyarakat majmuk, umat Islam diingatkan agar tidak mengambil gambar di lokasi yang mempunyai patung, apatah lagi jika patung tersebut menjadi objek pemujaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa menghadiri majlis yang terdapat patung juga adalah tidak dibenarkan. Katanya, perkara itu berdasarkan pandangan ulama dalam mazhab Syafie, antaranya yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab Raudah, yang menyifatkan kehadiran ke majlis sedemikian sebagai seolah-olah meredai kemungkaran.

“Pendapat sahih dalam mazhab Syafie mengharamkan kehadiran ke majlis yang ada patung kerana ia seumpama meredai dan mengakui kemungkaran,” jelasnya.

Baca juga:

Tambahnya lagi, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang menyebut bahawa golongan yang membuat patung akan menerima azab yang berat pada hari kiamat.

PU Salman turut mengingatkan bahawa umat Islam dilarang berada dalam majlis yang mengandungi unsur kemungkaran, termasuk jika terdapat arak atau hiburan yang diharamkan. Larangan itu, katanya, berasaskan hadis Nabi SAW yang melarang seseorang duduk di meja yang dihidangkan arak.

Selain itu, beliau memetik kandungan kitab Mughni al-Muhtaj yang menyenaraikan antara bentuk kemungkaran termasuk penggunaan sutera dan kewujudan patung berbentuk haiwan atau manusia dalam sesuatu majlis.

Related Posts