Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Anak lelaki kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar dan Syed Aiman meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Menerusi video yang dikongsikan di Insta Story, jelas terpancar kegembiraan dan rasa syukur atas pencapaian anak mereka, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman. Malah, Linda turut berkongsi momen manis apabila Aqiib menerima ucapan tahniah serta jambangan hadiah daripada cikgu di sekolah, selain menunjukkan slip keputusan SPM yang menjadi simbol usaha kerasnya selama ini.
Memetik laporan Berita Harian, Linda menzahirkan rasa bangga dan sebak dengan pencapaian yang diperoleh anaknya.
Menurut Linda, dia sendiri melihat kesungguhan dan pengorbanan anaknya itu, namun memilih untuk tidak terlalu menekan dalam soal pelajaran. Sebaliknya, Aqiib diberi ruang untuk belajar mengikut caranya sendiri.
“Dia jaga solat dan setiap bulan akan khatam al-Quran,” kongsinya.
Baca juga:
- Anak Linda Rafar peroleh 9A dalam SPM
- ‘Anak Mama kuat!’ – Abby Abadi titip pesanan buat Marissa
- Isu tatu tular: Alicia Amin tegur netizen cepat menghukum

Tambahnya lagi, perubahan ketara mula dilihat dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum peperiksaan. Aqiib dikatakan menghentikan aktiviti tidak berfaedah dan memberi fokus sepenuhnya kepada ulang kaji, tuisyen serta memperkukuh amalan rohani.
Sebagai tanda penghargaan, Linda mendedahkan dia sudah pun berjanji untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada anaknya itu atas usaha luar biasa yang ditunjukkan.
“Memang dah janji nak bagi kereta, insya-Allah,” katanya lagi.









