Kisah seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pengasuhnya yang berbangsa India. Layanan yang baik diberikan membuatkan Adam sentiasa menyebut nama pengasuhnya yang mesra dipanggil Amma dan Appa.
Adam sekali lagi membuatkan netizen sebak apabila mengalami demam akibat rindukan Amma dan Appa.
Menurut ibunya, awalnya dia menyangka Adam hanya spontan menyebut nama Amma dan Appa. Ibunya cuba mengalihkan perhatian, namun selepas dua jam, badan Adam panas secara tiba-tiba. Segera, Adam dibawa ke klinik untuk rawatan.
“Semalam dia demam mengejut terlalu rindukan appa amma dia. Mula mula mummy ingat dia saje je nak appa amma dia tu, mummy buat tak tahu je. Lepas dua jam tu, badan dia panas secara tibe tiba. Terus bawak pergi klinik,” katanya.
Malam itu, Adam dilaporkan mengigau dan tersedu-sedu memanggil “Amma… Appa…”, menunjukkan betapa rapatnya hubungan si kecil itu dengan pengasuhnya.
“Amma appa tak dapat jaga Adam, sebab anak bongsu Amma sekarang tengah berpantang (jadi anak dara),adat kepercayaan orang India untuk mengelak sebarang pantang larang mereka, jadi mummy menghormatinya.
“Dan dalam masa yang sama, Amma sibuk menjaga patti adam di hospital ulang alik,” kongsinya.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
Yang paling menyentuh hati ialah pengorbanan Amma dan Appa. Setelah mendapat tahu keadaan Adam, mereka terus menunggang motosikal selama satu jam untuk menemui Adam walaupun ditimpa hujan lebat di tengah perjalanan.
Perkongsian dari ibu Adam, Shida Abdul, meruntun jiwa netizen dan mengharapkan hubungan yang disemai antara dua keluarga ini berkekalan.








