iMedia dan PSM lancar rangkaian pengiklanan LED digital canggih di Stadium Nasional, Unifi Arena | The Reporter

iMedia dan PSM lancar rangkaian pengiklanan LED digital canggih di Stadium Nasional, Unifi Arena

Rangkaian skrin LED digital baharu hasil kerjasama iMedia dan PSM di Stadium Nasional dan Unifi Arena
Kerjasama iMedia dan PSM memperkenalkan rangkaian skrin LED digital di Stadium Nasional dan Unifi Arena bagi meningkatkan pendedahan jenama.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


iMedia Asia Sdn Bhd (“iMedia”), salah satu kumpulan media digital bersepadu terkemuka di Malaysia dan anak syarikat milik penuh Catcha Digital Berhad (KLSE:CATCHA), telah menandatangani perjanjian bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk membina dan memasang rangkaian pengiklanan LED digital di sekitar kawasan ikonik TM Stadium Nasional dan bahagian luar Unifi Arena.

Hab sukan dan hiburan utama Malaysia ini bakal ditransformasikan menerusi pemasangan 10 skrin LED digital format besar di sekitar TM Stadium Nasional dan 12 e-bunting di bahagian luar Unifi Arena, sekali gus menawarkan peluang pendedahan dan interaksi jenama yang lebih menyeluruh kepada para pengiklan.

“Kerjasama dengan PSM ini merupakan satu “game-changer” buat iMedia. Kami komited untuk mencipta penyelesaian digital yang meningkatkan pengalaman acara langsung sambil memberikan nilai yang tinggi kepada pengiklan. Dengan jutaan pengunjung setiap bulan, skrin ini akan memberi nafas baharu kepada cara peminat dan jenama berinteraksi di venue sukan dan hiburan paling ikonik di Malaysia,” kata Patrick Grove, Pengerusi Catcha Digital Berhad.

Baca juga:

Pemasangan LED baharu ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman peminat dan pelawat di TM Stadium Nasional serta Unifi Arena. Dengan menggabungkan teknologi dan pengalaman langsung, ia mampu mewujudkan “brand touchpoints” yang lebih berkesan. Bagi pengiklan, inisiatif ini menyediakan akses kepada audiens premium di salah satu destinasi sukan dan hiburan paling dinamik di Asia.

Iliyas Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), menyatakan: “TM Stadium Nasional dan Unifi Arena sentiasa menjadi nadi kepada budaya sukan dan hiburan Malaysia. Melalui kerjasama dengan iMedia, kami mengorak langkah ke hadapan dalam mentransformasikan kawasan ini menjadi destinasi bertaraf dunia yang diperkasakan secara digital. Skrin LED baharu ini akan memodenkan persekitaran dan memperkayakan lagi pengalaman bagi pengunjung, atlet, dan peminat.”

TM Stadium Nasional dan Unifi Arena: Pusat Sukan dan Hiburan Utama

Dengan kapasiti tempat duduk gabungan melebihi 100,000 orang, kedua-dua venue ini telah melakar sejarah dalam penganjuran pelbagai acara besar.

  • TM Stadium Nasional pernah menjadi pentas acara sukan antarabangsa seperti kelayakan Piala Dunia FIFA dan Piala Asia AFC, serta konsert ikon muzik global seperti Coldplay dan Bruno Mars.
  • Unifi Arena telah menerima kunjungan penghibur kelas dunia termasuk Jacky Cheung, Andy Lau, dan kumpulan K-Pop IVE, selain menjadi pangkalan bagi kejohanan badminton berprestij BWF Terbuka Malaysia Super 1000.

Terletak secara strategik dengan akses LRT terus dan rangkaian lebuh raya utama, kawasan in menarik lebih daripada 2 juta kenderaan setiap bulan. Dengan acara besar yang bakal berlangsung seperti IVE WORLD TOUR dan Sammi Cheng Live pada April 2026, lokasi ini menjamin aliran trafik manusia yang tinggi dan pendedahan media yang berterusan.

Related Posts