Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bapa kepada bayi Hayl Haarith terkejut apabila mendapati anaknya meninggal dunia secara tragis ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, semalam.
Mohd Syafaeez Mat Liki, 35, berkata beliau hanya mengetahui keadaan sebenar selepas melihat sendiri kesan luka pada tubuh bayi itu.
“Saya ingatkan kematian biasa, rupanya anak saya meninggal dalam keadaan sangat tragis,” katanya.
Syafaeez berkata anaknya kelihatan sihat ketika kali terakhir dilihat minggu lalu.
“Bagaimanapun saya selalu membuat panggilan video dan semalam saya ada membuat panggilan video sebelum isteri meninggalkan Hayl kepada pengasuh kerana isteri bekerja syif malam.
”Bila terima berita pada awal pagi memberitahu anak meninggal, saya memang terkejut kerana ketika panggilan video, dia sihat dan ceria,” katanya.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Menurutnya, isterinya, Ummu Habibah Wahab, 30, yang bekerja sebagai jururawat di hospital menerima panggilan daripada pengasuh pada awal pagi memaklumkan bayi lemah sebelum dimaklumkan bahawa anaknya telah meninggal dunia. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada badan, kepala, mata, dan hidung, dipercayai akibat hentakan objek tumpul.
Syafaeez menegaskan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang yang paling setimpal terhadap apa yang berlaku kepada anak saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro








