Satu video tular di media sosial dirakamkan oleh seorang individu yang mendakwa anggota badan beruniform tidak berpuasa.
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta peronda dilihat memarkir kenderaan tersebut di belakang sebuah kedai sebelum didatangi oleh seorang pekerja kedai makan. Tidak beberapa lama kemudian, pekerja berkenaan membawa keluar dua bungkusan plastik.
“Dahla la tak puasa, pau makanan,” kata perakam.
Bagaimanapun, komen netizen memberikan perspektif berbeza. Ada yang menegaskan bahawa anggota badan beruniform itu mungkin bukan Muslim dan bertindak begitu sebagai tanda hormat terhadap mereka yang berpuasa.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong

Seorang lelaki pula berkongsi pengalaman peribadi sebagai non-Muslim.
“Waktu rehat saya akan bungkus makanan ikut pintu belakang sebab segan dan hormat kawan-kawan Muslim. Jangankan bungkus, makan pun selalu menyorok takut ada orang puasa yang ternampak. Auto rasa bersalah,” katanya.
Beberapa netizen lain mengingatkan supaya tidak terus membuat tuduhan atau menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang dilihat di media sosial, sebaliknya pastikan fakta dan bukti terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen atau penilaian.








