Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian, mendedahkan masyarakat Aceh yang menetap di Malaysia atau disebut diaspora Aceh pernah menyuarakan hasrat menghantar bantuan berupa beras kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Aceh. Diaspora ialah kumpulan rakyat asal sesuatu tempat yang tinggal di luar negara tetapi masih mengekalkan hubungan dengan tanah air mereka.
Namun, bantuan beras itu ditolak kerana Indonesia kini sudah mencapai swasembada beras, iaitu mampu menghasilkan beras sendiri tanpa bergantung kepada import.
“Tadinya mereka mahu hantar beras juga tetapi kita tolak. Sebaiknya jangan beras kerana kita sudah swasembada. Ada minyak masak dan gula pasir,” kata Tito.
Memetik laporan Kompas.com, Tito berkata, diaspora Aceh telah menghantar pelbagai jenis bantuan, termasuk minyak masak bernilai, gula pasir, air mineral, makanan siap sedia, pakaian baru, Al-Quran, dan tandas (kloset). Namun, bantuan tersebut masih ‘ditahan’ di Port Klang, Malaysia, kerana perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
Baca juga:
- Indonesia tolak bantuan beras Diaspora Aceh di Malaysia
- Pekerja restoran maut selepas terjun dalam mesin deep fryer
- Gara-gara babi ‘tersangkut’, satu kampung terputus bekalan elektrik
Tito menjelaskan bahawa bantuan seperti minyak masak dan gula pasir memerlukan surat persetujuan daripada Kementerian Pertanian. Sementara itu, pakaian baru bernilai tinggi turut menjadi perhatian agar tidak menjejaskan produksi dalam negeri.
“Ini bantuan daripada keluarga, bukan dari kerajaan atau NGO. Sepanjang tiada barang terlarang seperti dadah atau senjata, semuanya akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dihantar ke Aceh,” jelas Tito.
Beliau menegaskan bahawa semua bantuan akan terus disalurkan kepada mangsa di Aceh, dengan pengawasan langsung oleh pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polisi Republik Indonesia (Polri) dan tidak akan dijual kepada pihak lain.
“Kami bersedia bertanggungjawab untuk memastikan bantuan sampai ke tempat yang tepat,” tambahnya.









