Tarikh RXZ Members 8.0 diumum, Mercedes-Benz CLA Class sebagai grand prize | The Reporter

Tarikh RXZ Members 8.0 diumum, Mercedes-Benz CLA Class sebagai grand prize

RXZ Members 8.0 dengan Grand Prize Mercedes-Benz CLA Class dan hadiah lain seperti dua biji RXZ dan pakej umrah.
Gambar: Facebook RXZ Members Official

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bagi peminat permotoran, acara tahunan RXZ Members antara program yang paling dinanti-nantikan. Walaupun berdepan dengan pelbagai isu sebelum ini, acara ini tetap menjadi tarikan utama dan simbol semangat komuniti RXZ.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penganjur RXZ Members, Mohamad Faizal Ali, akan mengumumkan tarikh rasmi acara. Seperti pengumuman sebelum ini juga, beliau tampil berbaju Melayu seakan pengumuman raya, menambahkan lagi aura meriah dan signifikan program dalam kalangan peminat.

Melalui hantaran video di media sosial, Faizal memaklumkan bahawa RXZ Members 8.0 akan berlangsung pada 1 Ogos 2026, hari Sabtu, bertempat di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak.

“Yang kental, pasti sampai. Luncur!” katanya, menambahkan semangat keterujaan kepada semua peminat.

@rideeditionmelakaattack3

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐑𝐗𝐙 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 & 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐗𝐙 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒 𝟖.𝟎 𝟐𝟎𝟐𝟔 Raya kembali lagi ! Kemeriahan akan di rasai ! Kehangatan akan bermula ! Memori akan tercipta ! Kita bersua kembali di Hari Raya RXZ Members ! “Zaman boleh berubah, Tapi RXZ Members kekal di jiwa” MAKLUMAN : JUALAN BARANGAN RXZ MEMBERS 8.0 2026 PADA BULAN 3/2026. SIAP SEDIA TABUNGAN DARI SEKARANG! SESUATU YANG ISTIMEWA MENANTI ANDA. . . . “𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙏𝙖𝙠𝙪𝙩, 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙄𝙠𝙪𝙩” “𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒆𝒏𝒕𝒂𝒍, 𝑷𝒂𝒔𝒕𝒊 𝑺𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊” “𝙍𝙓𝙕 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙨 𝙄𝙣 𝙏𝙝𝙚 𝙀𝙮𝙚𝙨 𝙊𝙛 𝘼𝙨𝙚𝙖𝙣” #rxzmembersofficial #rxzmembers #rxz_members_official #rxz_members #kalautakutjanganikut

♬ suara asli – Ade Bared – Ade Bared
Baca juga:

Acara kali ini menjanjikan hadiah utama yang cukup menarik, iaitu sebuah Mercedes-Benz CLA Class untuk pemenang bertuah. Selain itu, peserta juga berpeluang membawa pulang dua biji RXZ, pakej umrah, helmet, jaket, dan pelbagai hadiah menarik lain yang pasti membuatkan semua teruja.

Difahamkan, sebaik sahaja pengumuman dibuat, beberapa tempat penginapan di sekitar lokasi acara sudah mula penuh, menandakan keterujaan peminat untuk hadir.

Pada edisi sebelumnya, Himpunan RXZ Members 7.0 berjaya mengumpulkan hampir 150,000 peserta, menjadikannya himpunan paling meriah dan berjaya setakat ini. Dengan janji pengalaman lebih meriah dan hadiah yang lebih menarik, RXZ Members 8.0 dijangka akan mencatatkan penyertaan yang lebih luar biasa.

Related Posts