Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Keputusan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, meletakkan jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka disertai nada keras mempertahankan prinsip apabila beliau menegaskan perjuangan tidak boleh diukur dengan jawatan semata-mata.
Dalam ucapan penuh emosi, Akmal menolak dakwaan kononnya beliau lari daripada perjuangan.
“Bagi saya, jawatan dalam kerajaan tidak penting! Tetapi apa yang lebih penting; maruah, prinsip dan suara akar umbi ini!” katanya sambil menegaskan keputusannya dibuat atas tanggungjawab moral terhadap Pemuda UMNO.
‘Lu siapa?’ jadi simbol penentangan
Akmal turut menyentuh sindiran yang dilemparkan kepadanya sebelum ini dengan nada sinis dan tegas.
“Saya nak bagi tahu kepada yang tanya ‘Lu siapa?’… Gua ada maruah! Lu ada maruah ke tidak?!” katanya, menjadikan ungkapan itu simbol penentangan terhadap pihak yang mempertikai pendiriannya.
Baca juga:
- Wan Fayshal desak Muhyiddin berundur sebagai Presiden parti
- Strategi perlu berubah, BN perlu kuasai digital untuk hadapi PRU-16 – Zahid
- Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika menjadi Timbalan Menteri Pendidikan
Beliau turut memberi amaran terbuka kepada pihak yang didakwa sering memberi tekanan kepada kepimpinan parti dan kerajaan negeri.
“Bila saya tidak berada dalam EXCO, saya akan lawan kamu habis-habisan nanti!” katanya, sambil menegaskan beliau akan lebih lantang bersuara selepas melepaskan jawatan.
Pemuda UMNO jangan gentar
Akmal mengakhiri ucapannya dengan mesej tegas kepada barisan Pemuda UMNO agar tidak takut mempertahankan prinsip.
“Kita akan lawan, kita lawan habis-habisan!” katanya, sambil menegaskan maruah parti mesti dipertahankan walau berdepan risiko kehilangan jawatan.
Dalam masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dan menegaskan tindakannya bukan tanda meninggalkan perjuangan, sebaliknya mengikut jejak langkah mempertahankan maruah parti.
Ketegangan ini turut berlaku susulan reaksi kepimpinan DAP Melaka yang menolak cabaran Akmal sebelum ini, menjadikan ungkapan “Lu siapa?” sebagai antara frasa paling panas dalam pertarungan retorik politik di negeri itu.
Sumber: FB Muhamad Harris Nasril / Sinar Harian








