Jururawat Hospital Seberang Jaya raih pujian, santuni pesakit | The Reporter

Jururawat Hospital Seberang Jaya raih pujian, santuni pesakit

Jururawat Hospital Seberang Jaya menyuapkan makanan kepada pesakit berbangsa India sebagai tanda kemanusiaan dan ihsan.
Tangkap layar video tular merakamkan seorang jururawat yang menyuap makanan kepada pesakit.

Tindakan mulia seorang jururawat Melayu dikenali sebagai Nur Deena dari Hospital Seberang Jaya yang menyuapkan makanan kepada seorang pesakit berbangsa India menggunakan tangan sendiri telah meraih pujian ramai di media sosial.

Menerusi rakaman yang tular, Nur Deena dilihat menyuapkan makanan kepada pesakit berkenaan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, seolah-olah sedang menyuap bapa kandungnya sendiri. Detik berkenaan menyentuh hati netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai lambang kemanusiaan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Mengulas perkara itu, YB Senator Dr. Lingeshwaran Dato’ Seri R. Arunasalam dalam hantaran di TikTok tampil memuji dan mengucapkan tahniah kepada jururawat berkenaan atas sikap terpujinya.

“Tahniah kepada Jururawat Nur Deena Nadzhiefa binti Yaacob dari Hospital Seberang Jaya.

“Dalam saat manusia paling lemah, bukan bangsa yang dipandang, hanya kemanusiaan. Seorang jururawat Melayu menyuapkan makanan kepada seorang pesakit India. Tiada diskriminasi. Tiada beza warna kulit, agama atau latar belakang,” katanya.

@ralingesh

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tahniah kepada Jururawat NUR DEENA NADZHIEFA BINTI YAACOB dari Hospital Seberang Jaya Dalam saat manusia paling lemah, bukan bangsa yang dipandang ,hanya kemanusiaan. Seorang jururawat Melayu menyuapkan makanan kepada seorang pesakit India. Tiada diskriminasi. Tiada beza warna kulit, agama atau latar belakang. Di atas katil hospital, kita semua sama ,seorang insan yang memerlukan kasih sayang, perhatian dan ihsan. Inilah wajah sebenar Malaysia. Senyap-senyap berbakti, tanpa kamera, tanpa pujian ,hanya dengan hati. Terima kasih, jururawat. Kerana ketika kami tidak berdaya, andalah kekuatan kami. #jururawatmalaysia #jururawat #kementeriankesihatanmalaysia

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Baca juga:

Menurut beliau, di atas katil hospital, semua insan adalah sama, individu yang memerlukan kasih sayang, perhatian dan ihsan daripada mereka yang diberi amanah menjaga pesakit.

“Inilah wajah sebenar Malaysia. Senyap-senyap berbakti, tanpa kamera, tanpa pujian, hanya dengan hati,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, pengorbanan dan keikhlasan para jururawat wajar dihargai kerana merekalah kekuatan kepada pesakit ketika berada dalam keadaan tidak berdaya.

“Terima kasih, jururawat. Kerana ketika kami tidak berdaya, andalah kekuatan kami,” katanya.

Related Posts