Pendakwah, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, melontarkan kritikan keras terhadap cadangan pemindahan ladang ternakan babi ke Bukit Tagar yang majoriti penduduknya masyarakat Melayu Islam.
Dalam kenyataan di Facebook, beliau mempersoalkan mengapa kawasan tersebut dipilih sedangkan terdapat kawasan lain yang menurutnya lebih selari dari segi demografi.
“Kenapa mesti pindah ke kawasan Bukit Tagar yang majoriti penduduknya orang Melayu Islam yang diharamkan makan babi?”
Baca juga:
- Ketua UMNO Beruas nafi dakwaan tampar cucu Nik Aziz
- Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis
- FINAS sahkan penamatan tayangan filem Konspirasi atas permintaan penerbit
Ridhuan Tee mendakwa keputusan itu bukan sahaja menyentuh isu hukum agama, malah menimbulkan persoalan keadilan apabila kawasan majoriti Melayu dipilih untuk menempatkan industri yang dikaitkan dengan pencemaran, bau dan risiko kesihatan.
Beliau turut melontarkan kritikan lebih keras dengan mencadangkan ternakan babi dilakukan di kawasan yang majoriti penduduknya mengamalkan pemakanan tersebut.
“Kalau nak sangat makan babi, ternaklah babi di kawasan pemakan babi, kenapa ternak di kawasan yang tidak makan babi?”
Selain isu penternakan, beliau turut mengaitkan perkara itu dengan dakwaan pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan, sambil menegaskan bahawa kelemahan penguatkuasaan undang-undang boleh menjejaskan identiti serta keharmonian negara.
Walaupun lantang mengkritik, Ridhuan Tee menegaskan Islam tidak menghalang hak penganut agama lain, namun semua aktiviti perlu dibuat secara sah, terkawal dan menghormati sensitiviti masyarakat majoriti.
Sumber: Facebook Mohd Ridhuan Tee








