Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, menerusi inisiatif #SisBoleh, Grab Malaysia memperkenalkan podcast mini khas di mana mereka mengupas kisah di sebalik kejayaan atlet wanita negara tau.
Podcast ini semestinya akan membuka mata wanita di luar sana untuk lebih percayakan diri menerusi inspirasi daripada kisah mereka. Nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan.
Dengarkan Kisah ‘Unfiltered’ Daripada Ikon Sukan Negara, Dari Pandelela, Syaidatul Afifah & Aimi Iwasaki

Menerusi podcast mini ini, ia bukan sekadar bercerita tentang latihan yang mereka lalui setiap hari, malah lebih kepada berkongsi bagaimana atlet-atlet wanita negara kekal bersemangat dan konsisten untuk terus melangkah ke hadapan.
Jujur cakap, podcast ini best untuk didengari sebab hos dan tetamu yang Grab pilih bukan calang-calang tau!Â

Steffi Sarge Kaur, (Steffi Sidhu), pemain bola sepak kebangsaan berbual bersama nama-nama besar seperti ratu terjun, Pandelela Rinong, bintang boling, Syaidatul Afifah dan triatlet hebat, Aimi Iwasaki. Fuhh, lineup yang cukup padu ni!
Apa yang best? Mereka akan menceritakan pengalaman sebenar dan refleksi peribadi yang membentuk siapa mereka hari ini. Podcast ini sangat relatable kerana atlet-atlet ini semua menceritakan mengenai cabaran-cabaran yang mereka hadapi dan kejayaan yang dicapai melalui keazaman yang tidak pernah luntur.
Jadi, jangan lupa untuk stay tuned dan tonton podcast Grab x LWN di Instagram Grab Malaysia.
Paling penting! Jangan lupa tunjukkan sokongan padu korang untuk perlawanan akhir Liga Wanita Nasional (LWN) pada 27 dan 28 Disember 2025 ini tau!
Tonton secara live di saluran YouTube mereka di, https://www.youtube.com/@LigaWanitaNasional.
#SisBoleh, Kisah Grab Memperkasa Wanita Malaysia
Dari tadi kami sebut tentang #SisBoleh. Kami yakin, mesti korang yang tengah baca ni tertanya-tanya, apa itu inisiatif #SisBoleh?
Kalau korang nak tahu, ia adalah satu inisiatif Grab, bertujuan untuk memperkasakan wanita di Malaysia dengan memberi platform buat mereka pandu dengan lebih yakin, tingkatkan kemahiran serta menjana lebih banyak peluang pendapatan. Baguskan?


Antara inisiatif termasuk Aisya Rahman x #SisBoleh Kuasai Kewangan, sebuah bengkel literasi kewangan yang memfokus dalam membantu wanita untuk menguruskan kewangan, bajet, dan recover dari ‘money trauma’.Â
Selain itu, #SisBoleh Untold Stories juga salah satu inisiatif yang bukan saja menyediakan platform buat wanita, malah bertujuan membuka mata masyarakat tentang kegigihan Rakan Grab Wanita kita.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, stay tuned dan ikuti Grab Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk update terkini.Â








