Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Samsung Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G rasmi dilancarkan di Malaysia pada 10 April 2026, menawarkan gabungan teknologi AI, kamera dipertingkat dan prestasi harian yang lebih stabil untuk pengguna tempatan.
Pelancaran ini menandakan usaha Samsung membawa ciri “Awesome Intelligence” kepada lebih ramai pengguna melalui siri Galaxy A yang lebih mampu milik, tanpa mengorbankan pengalaman premium.



Fokus pada kamera dan prestasi harian
Bagi model Galaxy A57 5G, tumpuan utama diberikan kepada keupayaan kamera terutama dalam keadaan cahaya rendah. Dengan teknologi Nightography yang dipertingkat, pengguna boleh mengambil gambar dan video lebih jelas, terang serta seimbang walaupun pada waktu malam. Sensor utama 50MP turut membantu menghasilkan imej lebih tajam dengan pemprosesan AI yang lebih pintar.
Sementara itu, Galaxy A37 5G pula lebih menumpukan kepada prestasi harian termasuk multitasking dan gaming. Peranti ini direka untuk memastikan pengalaman penggunaan lebih lancar, sama ada untuk menonton, melayari media sosial atau bermain permainan mudah alih tanpa lag.
Kedua-dua model turut dilengkapi bateri 5,000mAh, paparan Super AMOLED serta sistem kamera triple 50MP yang menyokong pengoptimuman AI untuk hasil gambar lebih natural.


Ciri AI dan sokongan jangka panjang
Samsung turut memperkenalkan “Awesome Intelligence” melalui One UI 8.5 yang merangkumi fungsi seperti Voice Transcription, AI Select, Object Eraser dan Best Face. Selain itu, integrasi Circle to Search, Bixby dan Gemini menjadikan penggunaan lebih intuitif dalam pelbagai situasi harian.
Dari segi ketahanan, kedua-dua peranti hadir dengan penarafan IP68 serta perlindungan Samsung Knox Vault. Samsung juga menawarkan sehingga enam generasi kemas kini sistem operasi dan enam tahun kemas kini keselamatan, memberi jaminan penggunaan jangka panjang kepada pengguna.


Harga dan promosi pelancaran
Galaxy A57 5G ditawarkan dengan harga bermula RM2,399 selepas rebat pelancaran, manakala Galaxy A37 5G bermula sekitar RM1,799 hingga RM1,899 bergantung kepada varian.
Promosi pelancaran termasuk rebat tambahan serta tawaran pembayaran tertentu akan berlangsung dalam tempoh terhad, selain pakej pembelian aksesori pada harga diskaun.
Pelancaran ini memperlihatkan strategi Samsung untuk terus memperkukuh segmen pertengahan dengan menawarkan ciri AI, kamera berkualiti dan sokongan jangka panjang dalam satu pakej lebih mampu milik.








