Fadhlina Sidek bersyukur diberi kepercayaan PM untuk terus pimpin KPM | The Reporter

Fadhlina Sidek bersyukur diberi kepercayaan PM untuk terus pimpin KPM

Fadhlina Sidek ucap terima kasih atas kepercayaan untuk terus menerajui KPM
Fadhlina Sidek bersyukur diberi kepercayaan untuk terus pimpin KPM demi kesinambungan agenda pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI, semalam.

Beliau menyifatkan kepercayaan itu sebagai satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab demi memastikan agenda pendidikan negara terus diperkukuh dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Baca juga:

Menurut Fadhlina, beliau akan memanfaatkan kepercayaan tersebut sebaik mungkin bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif KPM dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak menyeluruh kepada ekosistem pendidikan negara.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan untuk terus memimpin KPM bersama Timbalan Menteri. Insya-Allah, kami akan berusaha melakukan yang lebih baik dan pastinya yang terbaik untuk pendidikan dan anak-anak kita,” katanya.
Rombakan Kabinet Kerajaan MADANI

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, merangkumi pertukaran portfolio serta lantikan baharu, dengan Fadhlina Sidek kekal menerajui KPM bagi meneruskan kesinambungan dasar pendidikan negara.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts