Parti Warisan menjadikan pembinaan landasan kereta api Sabah sebagai antara projek utama dalam manifestonya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek itu akan menghubungkan Kudat, Sipitang, Keningau, Tawau dan Sandakan bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan serta memudahkan pergerakan hasil pertanian dan industri tempatan.
Menurut beliau, secara keseluruhan Warisan menumpukan kepada usaha membaiki kemudahan asas, mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan industri baharu mengikut daerah yang dibahagikan kepada lima zon pembangunan.
Baca juga:
- ‘PAS wajar diberi laluan terajui jawatan PM’ – Isham Jalil
- UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan hingga PRU akan datang
- ‘Malaysia tidak perlukan Rashid Maidin 2.0’ – Pemuda MCA
“Setiap zon mempunyai fokus berbeza seperti hab pendidikan, pelancongan, loji kuasa, pertanian serta penternakan makanan laut. Dua empangan juga akan dibina di Kinabatangan dan Lahad Datu, manakala sebuah pelabuhan antarabangsa turut dirancang,” katanya ketika membentangkan manifesto di Kota Kinabalu, Ahad malam.
Beliau turut memaklumkan antara program sokongan rakyat ialah pemberian sangkar ikan dan rumah burung walit secara percuma bagi membantu masyarakat luar bandar menjana pendapatan melalui sektor akuakultur dan hasil tani.
Sumber: Sinar Harian








