Que Haidar dilantik sebagai Duta Jakel 2026 | The Reporter

Que Haidar dilantik sebagai Duta Jakel 2026

Jakel memperkenalkan Que Haidar sebagai Duta Jakel 2026.
Gambar: Tangkap layar video Instagram Jakel.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jakel secara rasmi mengumumkan pelantikan Que Haidar sebagai Duta Jakel 2026, menandakan satu langkah baharu bagi jenama terkenal tempatan ini.

Sebelum ini, Jakel memuat naik hantaran yang memberikan bayangan tentang seorang lelaki yang bakal menyertai jenama pakaian terkenal itu, sekali gus mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen mengenai identiti lelaki berkenaan.

“Jakel dengan bangganya memperkenalkan Duta Jakel 2026, Que Haidar. Class, berkarisma & terpaling Abang Jamil,” katanya.

Baca juga:

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Que Haidar bersongkok dan mengenakan baju Melayu berwarna biru lembut ketika menandatangani dokumen perjanjian bersama pihak pengurusan Jakel.

Pelantikan beliau turut mendapat perhatian ramai, termasuk komen daripada netizen dan selebriti Achey.

Nama Que Haidar mula menjadi tular selepas memuat naik video berbaring di TikTok dengan lagu popular Jamilah. Video tersebut menarik perhatian ramai dan menjadikan namanya semakin dikenali dalam kalangan netizen.

Walaupun ada pihak mengkritik video itu kerana menampilkan aksi yang dianggap “menayang dada atau badan”, Que Haidar tetap tenang dan tidak melatah, menunjukkan profesionalisme dan keyakinan diri.

Related Posts