Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Insiden membabitkan seorang pelanggan wanita dengan kakitangan di sebuah kedai kopi tempatan tular di media sosial selepas berlaku pertengkaran yang dikatakan berpunca daripada kelewatan penyediaan minuman sehingga suasana menjadi tegang.
Menerusi rakaman video yang tular, pelanggan wanita yang dipercayai berasal dari tanah besar China (berdasarkan pertuturannya) dilihat memarahi barista. Netizen mendakwa, pelanggan itu turut menggunakan kata-kata kurang sopan termasuk memanggil barista sebagai “perempuan gemuk”.
Baca juga:
- 21 maut dalam tragedi bot karam Rohingya, operasi SAR diteruskan
- ‘Kalau lahirkan generasi ‘burung kakak tua’….- Asyraf Wajdi
- Ahmad Maslan terima PHD pada usia 59 tahun
Barista itu kemudian meminta pelanggan berkenaan keluar dari premis. Namun, dia enggan berbuat demikian dan menumpahkan minuman di kaunter sebelum menyimbah ke arah barista tersebut.
Selain itu, kapsyen pada video tular juga mendakwa barista menunjukkan isyarat jari tengah terhadap pelanggan. Namun dakwaan tersebut belum dapat dipastikan.
Perbalahan ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai yang menyebelahi barista dan mengecam tindakan pelanggan yang didakwa menggunakan kata-kata menghina dan berkelakuan biadab.
Tidak kurang juga yang menegur barista agar mengekalkan profesionalisme ketika berdepan dengan insiden seperti itu.








