Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
8 Mei 2019 RABU
17 MEI 2019 JUMAAT
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan, punca kematian mangsa adalah akibat luka hirisan di leher.
Keputusan itu diperoleh selepas hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa yang dijalankan pada Khamis.
Adik mangsa, Khairani Kamarudin memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang membantu mencari kakaknya.
Khairani menggesa pihak-pihak yang menyebarkan cerita atau berita yang tidak benar berhenti berbuat demikian kerana ia menyakitkan mereka sekeluarga.
18 MEI 2019 SABTU
Polis berkata, pihaknya tidak mengetahui kewujudan rumah sewa yang didiami oleh Siti Kharina kerana laporan awal yang diterima mengatakan mangsa tinggal di kuarters kakitangan bersama rakan-rakannya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, maklumat itu hanya diperoleh polis secara kebetulan selepas menerima laporan berkaitan penemuan satu mayat di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, kelmarin.
Selepas melakukan siasatan, mayat tersebut disahkan adalah mayat Siti Kharina dan kondo berkenaan juga disewa oleh mangsa.
Ahli keluarga da rakan sekerja mangsa tidak mengetahui tentang kondominium tersebut.
Pengawal keselamatan di kondominium berkenaan, Zulkifli Abdullah 47, mengakui mengenali mangsa dan setiap hari membuka pagar untuk laluan jururawat itu keluar bekerja atau urusan lain.
“Memang hari-hari dia keluar masuk kawasan ini. Setahu saya dia tinggal seorang diri sebab suami dan anaknya ada di Negeri Sembilan,” katanya.
Namun, kelibat Siti Kharina tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu sehinggalah dia ditemui dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa.
Tambah Zulkifli, dia pernah melihat wanita itu masuk ke kawasan kondominium berkenaan dengan seorang lelaki warga asing tetapi tidak pasti sama ada mereka tinggal bersama atau sebaliknya.
UPDATE 8.59PM
Siasatan terkini polis mendapati Siti Kharina mengenali suspek warga Nigeria sejak Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 30 tahun itu pernah bertemu dengan Siti Kharina di unit kondominium berkenaan beberapa kali.
Pemilik kondominium menyewakan rumah itu kepada Siti Kharina sejak awal tahun ini.
Suspek tinggal secara haram di Malaysia selepas permitnya tamat tempoh.
Polis sedang menyiasat jika suspek dan dua lagi suspek warga Pakistan dan Nigeria terbabit dengan kegiatan jenayah lain seperti Love Scam, Macau Scam atau kes penipuan lain termasuk dadah.
19 MEI 2019
Adik kepada Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamarudin, kesal netizen mengkritik kematian allahyarham kakaknya selain melemparkan pelbagai tuduhan yang telah mengguris hati dan perasaan keluarga.
“Netizen tak tahu macam mana perasaan kami apabila kehilangan orang tersayang. Kritikan mereka ‘out of control’.
“Kami tidak mampu mengekang kritikan (netizen) dan semoga tuduhan yang dilemparkan mengalirkan pahala buat arwah.
“Kakak saya sudah pergi menghadap Ilahi dan jangan buat tuduhan melulu. Tolong fahami isi hati dna perasaan keluarga yang kehilangan insan tersayang. Orang ramai boleh bercakap apa saja kerana kejadian itu tidak berlaku terhadap keluarga mereka,” katanya.













