'Minta itu ini, tapi Belanjawan 2026 tak nak sokong' — Ahmad Maslan malas nak jawab soalan pembangkang | The Reporter

‘Minta itu ini, tapi Belanjawan 2026 tak nak sokong’ — Ahmad Maslan malas nak jawab soalan pembangkang

Ahmad Maslan menyatakan beliau malas menjawab soalan tambahan pembangkang ketika perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
“Minta itu ini, tapi Belanjawan 2026 tak nak sokong,” ujar Ahmad Maslan ketika enggan jawab soalan tambahan pembangkang. | Sumber gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dewan Rakyat kecoh seketika semalam apabila Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, secara bersahaja enggan melayan soalan tambahan mengenai naik taraf jalan perhubungan ke Mersing.

Pertanyaan itu diajukan oleh Muhammad Islahuddin Abas (PN–Mersing), namun Ahmad membalas dengan menyindir bahawa pembangkang banyak meminta peruntukan meskipun tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026) dalam undian sebelumnya.

“Mersing pembangkang minta bukan main banyak lagi… semalam tak sokong pun Belanjawan 2026, tapi minta berjela-jela. Macam malas saya nak menjawab,” katanya, disambut gelak ketawa dan tepukan beberapa Ahli Parlimen kerajaan.

Baca juga:

Ahmad Maslan malas jawab: Speaker jelaskan peraturan

Suasana riuh itu dihentikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor, yang menegaskan bahawa peraturan mesyuarat tidak mewajibkan menteri atau timbalan menteri menjawab setiap soalan tambahan.

Katanya, tiada peruntukan dalam buku peraturan yang memaksa mereka berbuat demikian sebelum meminta sesi diteruskan.

Undian Belanjawan 2026

RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu diluluskan di peringkat dasar melalui undi belah bahagian dengan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir. Perbahasan peringkat jawatankuasa dijadual berlangsung sehingga 27 November ini.

Walaupun insiden itu hanya berlaku seketika, kenyataan Ahmad terus menghidupkan perdebatan mengenai komitmen pembangkang terhadap belanjawan negara ketika mereka terus mengemukakan tuntutan, tetapi enggan memberi sokongan pada peringkat dasar.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts