Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu, seorang lelaki dilaporkan maut ditembak di rumahnya di bandar Sungai Golok, Thailand, dalam insiden yang dipercayai berpunca daripada pertikaian hutang dengan seorang bekas pemain bola sepak dari Kelantan.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan polis Thailand selepas menyerah diri pada petang Ahad dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 33 tahun merupakan individu sama yang pernah menyerang suspek dengan senjata tajam kira-kira empat bulan lalu.
Menurut sumber keselamatan Thailand, suspek sebelum ini mengalami kecederaan serius akibat serangan tersebut hingga koma hampir sebulan.
“Kejadian berlaku empat bulan lalu dan susulan insiden itu, suspek dimasukkan ke Hospital Sungai Golok. Beliau berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) hampir sebulan,” katanya.
Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
Tambah sumber itu, serangan Sabtu lalu dipercayai berlaku ketika suspek datang ke rumah mangsa untuk menuntut hutang.
“Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi antara motif utama insiden tembakan berkenaan,” jelasnya.
Polis Thailand kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Sumber: Harian Metro









