Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu hantaran tular di Facebook mendakwa kononnya akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk “Anwar akui banyak kesilapan perjanjian dengan US”, sekali gus mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Dalam hantaran awal, individu terbabit memuat naik tangkap layar imej seolah-olah ia laporan Utusan. Ia mengundang respons sinis dan cemuhan melibatkan dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak lama kemudian, individu sama memuat naik hantaran baharu menafikan kesahihan bahan tersebut dan menyifatkannya palsu dengan menambah cap “FAKE” pada gambar berkenaan.


Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
Utusan sahkan ia tidak pernah diterbitkan

Utusan Malaysia menerusi kenyataan menegaskan laporan tersebut tidak pernah diterbitkan dalam apa jua platform organisasi itu. Nama dan logo akhbar berkenaan didapati telah digunakan secara tidak sah untuk menyebarkan tajuk palsu yang mengaitkan Perdana Menteri.
Utusan menzahirkan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat sedemikian yang boleh mengelirukan masyarakat.
Ambil tindakan undang-undang
Susulan penyebaran imej palsu itu, Utusan memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan yang memalsukan identiti organisasi medianya.
Langkah itu bagi melindungi kredibiliti Utusan serta memastikan jenama organisasi tidak disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah.









