Zohran Mamdani jadi Datuk Bandar muslim pertama | The Reporter

Zohran Mamdani jadi Datuk Bandar muslim pertama

Zohran Mamdani, Datuk Bandar pertama Muslim dan Asia Selatan di New York City
Gambar: BBC

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Zohran Mamdani, 34 tahun, seorang demokratik sosialis memenangi pilihan raya umum bagi jawatan Datuk Bandar New York City, sekali lagi menewaskan bekas Gabenor Andrew Cuomo. Kemenangan ini menandakan kemenangan bagi sayap progresif Parti Demokrat pada ketika Demokrat nasional berpecah mengenai strategi menentang Presiden Donald Trump.

Zohran terkenal dengan fokusnya terhadap isu golongan pekerja, termasuk cadangan membekukan sewa bagi penduduk di apartmen yang dikawal sewa, menyediakan bas awam percuma, dan penjagaan kanak-kanak sejagat melalui cukai ke atas golongan kaya. Beliau memulakan kempen setahun lalu dengan janji menjadikan bandar paling mahal di Amerika lebih mampu milik untuk golongan pekerja.

Dilahirkan di Uganda dan dibesarkan sebahagian di Cape Town, Mamdani berpindah ke New York City pada usia 7 tahun. Beliau merupakan anak kepada pengarah filem Mira Nair dan profesor Mahmood Mamdani.

Sebelum menjadi ahli dewan negeri, Zohran pernah bekerja sebagai kaunselor perumahan dan juga rapper yang menamakan diri “Mr. Cardamom,” pengalaman yang menurut pembantu kempen membantunya berani berinteraksi dengan orang ramai dan memperkenalkan dirinya secara terbuka.

Baca juga:

Kemenangan Zohran bukan sahaja memberi impak besar kepada New York City, tetapi juga meningkatkan profilnya sebagai tokoh progresif dalam politik Amerika.Beliau juga akan menjadi Datuk Bandar pertama Muslim dan keturunan Asia Selatan yang memimpin bandar terbesar di Amerika Syarikat, menandakan sejarah baru bagi New York City.

Walaupun pengundi dari pelbagai latar belakang meraikan kemenangan bersejarah beliau, majoriti penyokong tegar beliau menegaskan bahawa kemenangan ini bukan tentang agama atau identiti etnik, tetapi berfokus pada mesej utama beliau untuk menjadikan kehidupan di New York lebih mampu milik bagi semua.

Sumber: CNN, aljazeera

Related Posts