Komen Syed Saddiq tenangkan peminat, khabar angin BASS reda | The Reporter

Komen Syed Saddiq tenangkan peminat, khabar angin BASS reda

Syed Saddiq meninggalkan komen manis untuk Bella Astillah, peminat BASS lega.
Gambar: Instagram Bella Astillah.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, baru-baru ini memuat naik sebuah video istimewa ketika membuat kejutan sambutan ulang tahun bapanya. Menariknya, video berkenaan dirakam sendiri oleh Bella Astillah, sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mendakwa hubungan mereka dikatakan retak.

“Tanpa skrip dan tanpa suntingan. Terima kasih kepada Bella Astillah kerana merakam detik kegembiraan ini dan menjadikannya kenyataan,” tulis Syed Saddiq di platform Thread.

Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara Bella meminta ibu bapa Syed Saddiq berpelukan mesra meraikan momen berkenaan.

Hantaran video Syed Saddiq di Thread

Sebelum ini, tular khabar angin kononnya hubungan pasangan popular ini mula retak. Susulan itu juga, tular semula hantaran lama ibu Syed Saddiq bersama seorang pekerja jenama pakaian terkenal, lengkap dengan lagu romantik “You Are So Beautiful”.

Hantaran itu kemudian mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan bahawa keluarga Syed Saddiq merestui wanita lain.

Susulan itu, ramai netizen dilihat menasihati Bella supaya memberi tumpuan kepada karier dan keluarga, malah ada yang menganggap hubungan mereka sudah berakhir.

Baca juga:

Namun, selepas video kejutan ulang tahun itu dimuat naik, suasana seolah kembali tenang. Tambah menguatkan lagi isyarat positif, Syed Saddiq turut meninggalkan komen memuji Bella di Instagram dengan kata-kata, “You’re truly an iron lady”, yang dibalas Bella dengan emoji hati.

Situasi tersebut nyata mengembalikan senyuman buat peminat tegar pasangan ini atau lebih dikenali sebagai ‘BASS’ yang terus berharap agar hubungan mereka kekal harmoni dan bahagia.

Related Posts