Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Aktivis pengguna, Yusuf Azmi, tampil menjawab teguran atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai “Jojo”, dengan mempertikaikan kelayakannya untuk memberi pendapat mengenai acara yang dikaitkan dengannya.
Dalam kenyataan balas di media sosial, Yusuf Azmi mempersoalkan sama ada acara berkenaan menggunakan dana, tajaan atau apa-apa bentuk penglibatan daripada Jojo sehingga melayakkannya untuk bersuara.
“Kalau tiada kaitan, lebih baik jaga urusan sendiri”
Yusuf Azmi menegaskan bahawa inisiatif dikenali sebagai Warzone tidak pernah mengganggu hidup Jojo dan mempersoalkan sebab atlet muda itu berasa perlu untuk menegurnya.
“Maafkan saya anak kecil, adakah event ni ada menggunakan fund dari awak? Sponsor awak? Atau ada apa-apa sahaja yang kaitan dengan awak? Kalau ada maklum pada saya. Tetapi kalau tiada, lebih baik awak jaga urusan awak sendiri.
Baca juga:
- MERCY Malaysia tiba di Gaza, bantu pemulihan sistem kesihatan
- Bekas pemain bola disyaki tembak lelaki yang pernah menyerangnya
- Utusan ambil tindakan undang-undang individu guna nama Utusan sebar fitnah
“Warzone tak pernah mengganggu hidup awak. Apa sebab awak rasa awak layak untuk komen tentang Warzone?”
Beliau turut menambah bahawa seseorang tidak wajar menegur jika tiada sumbangan atau kepentingan dalam sesuatu acara.
“Kalau awak rasa awak ada share, barulah awak buka mulut. Belajarlah jangan jadi manusia yang berdengki dengan orang.”

“Tak pernah ganggu hidup awak”
Yusuf Azmi juga menegaskan sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah mengganggu urusan Jojo dan menyeru agar ‘orang luar’ tidak mencampuri urusan Warzone.
“Seumur hidup saya, tak pernah sekali saya ganggu hidup awak.”
Balasan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, susulan siri teguran awal Jojo yang mendakwa tindakan sesetengah pihak merosakkan maruah sukan tempur tempatan.








