Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) menegaskan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan UMNO, sebaliknya parti itu yang memecatnya. Kenyataan lantang itu dikongsikan melalui Instagram Stories susulan laporan dan spekulasi mengenai kemungkinan beliau kembali menyertai parti itu.
“Saya tidak pernah keluar UMNO. Kamu yang pecat saya. Jangan cuba ubah sejarah,” tulisnya.
Kenyataan itu hadir di tengah-tengah desas-desus bahawa beliau akan kembali ke UMNO selepas didakwa mendapat ‘lampu hijau’ daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Media lapor Zahid beri peluang kembali
Spekulasi kembali memuncak selepas laporan memetik sumber mendakwa Zahid telah menyatakan kesediaan menerima semula Khairy, termasuk meminta beliau menghantar borang keahlian.
Di Sabah, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Bung Moktar Radin dilaporkan berkata Khairy perlu kekal setia sekiranya memilih untuk kembali ke UMNO.
“Apa yang saya ingin nasihatkan, kalau masuk, kekal. Jangan masuk dan keluar lagi,” katanya.
Baca juga:
- Papagomo ditahan bawah Akta Hasutan susulan hantaran di media sosial
- ‘Saya tak pernah tinggalkan UMNO, kamu yang pecat saya’ – KJ
- KJ dijangka kembali ke UMNO selepas dapat restu Zahid Hamidi
KJ minta ruang, janji jawab dalam beberapa minggu
Menurut Khairy, ramai pihak bertanya mengenai pergerakan politiknya, namun beliau meminta masa sebelum memberi jawapan tuntas.
“Beri saya beberapa minggu sebelum saya bersedia jawab,” katanya.
Beliau turut menyindir mereka yang cuba menokok tambah spekulasi, sambil menegaskan bukti mengenai pemecatannya berada di ruang awam.
“Resit banyak di internet. Jangan illiterate sangat,” katanya.
Sumber: Instagram KJ









