Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita di Amerika Syarikat membuat keputusan mengejutkan untuk menamatkan perkahwinan selama 25 tahun selepas suaminya memakan baki sepotong kek keju (cheesecake) yang disimpannya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Kisah itu tular selepas wanita berusia 46 tahun itu berkongsi pengalamannya di laman Reddit.
Menurutnya, insiden kecil itu sebenarnya menjadi simbol kepada “segala sisa” yang diterimanya sepanjang perkahwinan. Bukan sekadar sepotong kek, tetapi tanda betapa lama dia hidup dengan rasa tidak dihargai.
Wanita itu menceritakan bagaimana suaminya yang berusia 48 tahun, telah membawanya ke sebuah percutian mengejut sempena ulang tahun perkahwinan mereka di Shenandoah Valley. Dia berharap percutian itu dapat mengembalikan kehangatan hubungan yang semakin dingin selepas tiga bulan tidur di bilik berasingan.
Namun, percutian yang sepatutnya romantik bertukar menjadi satu kekecewaan. Daripada tempat penginapan yang hambar, layanan suami yang dingin, sehinggalah ke insiden terakhir iaitu kek ulang tahun mereka yang dimakan tanpa izin.
“Saya rasa seperti orang gila bila cari kek tu dalam peti sejuk kecil tu. Bila saya tanya, dia ketawa dan kata dia lapar malam tadi, jadi dia makan. Tinggal satu gigitan saja,” katanya.
Baca juga:
- Wanita tamatkan 25 tahun perkahwinan lepas suami makan kek anniversary
- 79,000 rakyat tinggalkan Israel, tak nak hidup di negara haram
- ‘Malaysia negara hebat & dinamik’ – Trump
Saat melihat kotak kek itu kosong, wanita berkenaan menyedari sesuatu yang lebih mendalam.
“Hati saya hancur. Saya sedar saya dah lama berpura-pura okey dengan sisa. Serpihan kek dalam kotak tu jadi simbol kepada apa yang saya dapat dalam perkahwinan ini, sisa daripada dia.”
Katanya, selama 25 tahun dia menjadi isteri yang setia dengan menjaga anak, rumah, kewangan, bahkan menguruskan temujanji doktor suaminya, namun tetap tidak dihargai.
“Saya sudah cukup lama bersyukur dengan sisa. Kali ini saya sedar, saya layak dapat seseorang yang bukan saja tak makan kek saya, tapi juga akan lindungi kek itu daripada sesiapa pun yang cuba ambil,” ujarnya.
Kisah itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyatakan insiden berkenaan bukanlah disebabkan oleh kek, tetapi perkara lama yang dipendam dalam hubungan perkahwinan mereka.
Sumber: People, Reddit









