Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Israel kini berdepan fenomena penghijrahan luar biasa apabila puluhan ribu penduduk memilih meninggalkan negara haram itu susulan ketidakstabilan politik dan kebimbangan keselamatan selepas 7 Oktober 2023.
Data Biro Pusat Statistik (CBS) menunjukkan sebanyak 82,800 rakyat Israel berhijrah pada 2023, jumlah tertinggi sejak 2010 dan lebih dua kali ganda purata tahunan sekitar 40,500 antara 2009 hingga 2021.
Fenomena yang digelar Yerida itu menyebabkan kehilangan besar modal insan, dengan trend dijangka kekal sama sehingga 2025 menurut laporan media Hebrew.
Kajian oleh Pusat Penyelidikan dan Informasi Knesset mendapati jumlah kerugian migrasi bersih mencapai 125,200 orang dari awal 2022 hingga Ogos 2024, mengambil kira jumlah yang keluar secara kekal dan jumlah pulangan jangka panjang.
Ahli Parlimen menyifatkan keadaan itu sebagai krisis demografi serius.
“Ini bukan sekadar gelombang penghijrahan, tetapi satu tsunami yang menunjukkan rakyat Israel memilih meninggalkan negara,” kata MK Gilad Kariv, Pengerusi Jawatankuasa Imigresen dan Penyerapan Knesset.
Baca juga:
- Wanita tamatkan 25 tahun perkahwinan lepas suami makan kek anniversary
- Lelaki maut terlanggar kuda melintas di Merlimau
- Shell Beseri mohon ‘Misai’ dipulangkan, masih dalam rawatan FIP
Faktor baharu: keresahan politik dan keselamatan
Sebelum ini, penghijrahan rakyat Israel banyak dipacu faktor ekonomi seperti kos sara hidup dan peluang kerjaya. Namun, kajian terbaru menunjukkan motivasi kini berubah kepada kebimbangan masa depan politik dan keselamatan.
Menurut Prof Lilach Lev Ari, ahli sosiologi Oranim College, “Kini, faktor utama yang mendorong rakyat keluar ialah situasi politik dan keselamatan.”
Krisis ini bermula apabila kerajaan memperkenalkan pelan reformasi kehakiman kontroversi pada awal 2023 yang mencetus bantahan besar serta menjejaskan keyakinan pelabur.
Ketegangan kemudian memuncak selepas insiden 7 Oktober dan serangan susulan ke atas Gaza, sekali gus mempercepatkan penghijrahan besar-besaran.
Krisis kehilangan bakat sektor teknologi tinggi
Golongan paling ramai meninggalkan negara haram itu ialah anak muda berpendidikan berusia antara 20 hingga 39 tahun, iaitu kelompok paling produktif dalam ekonomi.
Sektor teknologi tinggi yang menjadi nadi ekonomi Israel turut terjejas, dengan lebih 8,000 tenaga profesional dilaporkan berhijrah dari akhir 2023 hingga pertengahan 2024.
Ahli sains terkemuka dan penerima Anugerah Nobel, Prof Aaron Ciechanover, berkata penghijrahan itu didorong oleh mereka yang “mahu hidup dalam negara yang bebas dan demokratik, bukan negara di mana kerajaan merampas kuasa secara paksaan.”
Walaupun amaran mengenai pengaliran keluar modal insan semakin lantang, laporan Knesset mendedahkan kerajaan Israel masih belum mempunyai pelan menyeluruh untuk menangani masalah tersebut.
Sumber: Roya News










