Polis gesa batal himpunan bantah kedatangan Trump demi jaga imej negara | The Reporter

Polis gesa batal himpunan bantah kedatangan Trump demi jaga imej negara

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bercakap kepada media mengenai usaha PDRM memastikan perhimpunan bantah kedatangan Trump tidak diteruskan demi menjaga imej dan reputasi negara.
Ketua Polis Negara menegaskan rundingan dijalankan bagi elak himpunan bantah kedatangan Trump yang boleh jejas imej dan reputasi negara. | Sumber gambar: Utusan Malaysia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menegaskan usaha rundingan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak berkaitan sedang digiatkan bagi memastikan perhimpunan menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak diteruskan.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana himpunan berkenaan berisiko menjejaskan imej dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, terutama menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur.

PDRM sedia lokasi alternatif, elak provokasi

Menurut Mohd Khalid, pihak polis turut menawarkan Padang Merbok sebagai lokasi alternatif jika penganjur tetap mahu meneruskan perhimpunan, bagi memastikan ia tidak mengganggu persiapan sidang kemuncak di KLCC.

Baca juga:

“Rundingan dengan NGO dan beberapa pertubuhan politik akan diteruskan bagi mengelak provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya selepas meninjau raptai persiapan sidang kemuncak itu hari ini.

Tindakan tegas jika cetus kekacauan

Beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan sepanjang penganjuran sidang kemuncak tersebut.

“Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keamanan. Rakyat perlu bersama-sama menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN dengan semangat perpaduan dan patriotisme,” katanya.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts